Sunday, July 31, 2011

CHEESE MARBLE CAKE,MY STYLE

Cheese Marble cake

bahan-bahan

500gm philadelphia cream cheese
1 cwn whipp cream
1/2 cawan castor sugar
3 sudu makan tepung kek
1 kotak buttermilk(250ml)
2 biji telor
esen vanilla

1 cawan coklat masakan dicairkan-double boiled

caranya:
putarkan cream cheese dgn gula hingga kembang.dlm mangkuk lain putarkan whipp cream hingga berkrim dan masukkan buttermilk,telor dan esn vanilla.kemudian sekalikan ke dlm mangkuk cream cheese tadi.gaulkan,masa ni baru campurkan dgn tepung kek.bila dah siap semua,masukkan ke dlm loyang yg dah ada "base",tuangkan coklat masakan ke atas adunan tadi (saya tuangkan dgn cara lingkaran"ubat nyamuk"hehehe...lepas tu lorek-lorekkan pakai chop stick...cantikk) baru masukkan dlm oven,bakar dgn suhu lbh kurang 180 utk 40 minit(ikut oven masing2 ye..)utk resepi dlm gambar kat atas ni saya x buat kaedah water bath ye...direct je masuk oven...alhamdulillah jadi cantik...

utk base-lbh krg 15 keping biskut digestive hancurkan dan campurkan dgn 150gm butter yg telah dicarkan.bakar didalam loyang dgn suhu 180 utk 15 minit.

SIMPLE CHOC CHIP COOKIES

CHOC CHIP COOKIES

250gm pure butter
1 biji telor
3 cwn tepung kek
1 cwn badam cincang - dibakar
2 cwn choc chip
8 sudu makan brown sugar
8 sudu makan castor sugar
2 sudu kecil esen vanilla

caranya:

pukul butter dan gula kemudian masukkan telor dan esen vanilla .masukkan tepung(sikit2 ye)lepas tu masukkan badam n chop chip.doh agak lembik x pe mmg macam tu jgn risau.simpankan doh dlm peti sejuk utk tempoh 1 atau 2 jam,lepas tu baru boleh dibakar(saya pakai sudu n garfu je utk bentukkan cookies ni).

TART NENAS


TART CNY
bahan-bahan
300gm tepung gandum (lebih krg 31/2 cwn)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
2 kuning telor
200gm butter(pure butter)
intinya
jem nenas (ready made)

cara-cara

satukan semua tepung dgn gula icing dan ayakkan.butter tadi dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam tepung dan gaulkan pakai teknik hujung jari(jadi mcm serbuk roti).masukkan kuning telur dan gaulkan sehingga menjadi doh lembut.kalau agak lembik adunan tadi blh di tambah tepung .